Thursday, March 10, 2011

KISAH PENCULIK YANG BIJAK TETAPI BODOH....

 Assalamualaikum..... 
 
 Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya....
 
  Untuk penulisan kali ini saya ingin memberi pendapat mengenai artikel dibawah ini tentang kisah jenayah kes penculikan yg berlaku .Bagi yang membaca tentang artikel ini di suratkhabar tanpa memikirkan apa-apa mungkin akan menganggap kes ini sebagai kes jenayah yang akhirnya pihak berkuasa berjaya mengambil tindakan dan menangkap penjenayah ini.Selepas itu juga akan disiarkan dalam rancangan 999 di TV3( ini biasa laa ...).Saya juga ingin mengucapkan TAHNIAH DAN PUJIAN kepada pihak PDRM kerana berjaya menumpaskan penjenayah ini dengan pantas..
 Tetapi bagaimana pula dengan pembaca  yang tahu akan disebalik kehebatan kuasa & kelebihan emas yang dijadikan sebagai barang tebusan itu,mungkin ada berbagai bagai pendapat dan tafsiran yang bermain di pemikiran setiap pembaca yg mengetahui akan kelebihan memiliki jongkong emas ini.
  Berikut ialah serba sedikit pandangan saya yang  tahu akan kelebihan tentang kuasa EMAS.
 
 1)Bedasarkan artikel dibawah ,penjenayah itu meminta untuk menukarkan wangkertas kepada jongkongemas ,sungguh bijak penjenayah ini kerana mereka tahu emas lebih bernilai dari wang kertas yang bernilai RM1.44 juta itu.
 (EMAS - semakin lama disimpan lebih mahal harga dan meningkat nilainya manakala wang semakin lama disimpan semakin susut nilainya..(Yang mana lebih untung EMAS ke WANGKERTAS ???....)
 
2)Bayangkan kalau penjenayah ini menerima wang bernilai 1.4 juta dalam bentuk tunai.Mungkin susah untuk  mereka membawa lari wang itu.Berguni guni atau banyak beg perlu digunakan agaknya untuk dibawa lari bersama..bertambah sukarlah penjenayah itu untuk membawa lari barang tebusan dan mungkin mudah rosak wang itu. Kalau jongkong emas seperti dalam gambar dibawah tu rasanya satu beg jer dah cukup kot...
  (EMAS - sukar untuk dibinasakan (tidak mudah untuk terbakar)manakala wang kertas mudah untuk binasa(jika terkoyak,terbakar wang sudah tidak mempunyai nilai)
 
3)Penjanayah ini juga mungkin pikir kalau jongkong emas senang untuk dibahagi bahagikan kot.Bayangkan kalau wang kertas, berapa lama masa mahu diambil untuk membahagi-bahagikan wang itu.macam cerita P.Ramlee daa...(satu untuk kau-satu untuk aku,dua untuk kau-dua untuk aku,,,, perrgghh.....)
 
4)Dan akhir sekali jika kita lihat penjenayah warga NEPAL (dah lah PATI )pun tahu akan kelebihan menyimpan & memiliki jongkong emas , ini pula kita sebagai rakyat MALAYSIA yang lagi bijakpandai....FIKIR FIKIRKANLAH...Jika belum diantara kita yg masih belum ada menyimpan nilai kekayaan dalam bentuk emas maka cubalah dari sekarang untuk menukar sebahagian nilai kekayaan kita dalam bentuk EMAS.
 
 Walaubagaimanapun ini adalah sebahagian pandangan saya sebagai penulis blog ini tentang sebahagian kelebihan mengenai EMAS sahaja.Apa yang berlaku sebenarnya dan lebih mengetahui tentang kejadian ini ialah diantara pihak polis,penjenayah dan mangsa itu sendiri
 
  Sekian untuk kali ini.
 
AKHIR SEKALI  DARI SAYA SEBAGAI PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA JANGANLAH MENCONTOHI  AKAN PERBUATAN PENJENAYAH INI MENCARI JALAN MUDAH DAN MENJADI BODOH UNTUK KAYA DENGAN MELAKUKAN PERBUATAN JENAYAH....BAK KATA PEPATAH SEPANDAI- PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KETANAH JUA...
 
 
 
ARKIB : 10/03/2011

Bekas pramugara dalang geng culik


Tun Hisan Tun Hamzah menunjukkan satu daripada sepuluh kepingan emas yang dirampas daripada kumpulan penculik dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Klang, semalam.


KLANG9 Mac – Polis berjaya memberkas kumpulan penculik yang diketuai seorang bekas pramugara kira-kira 15 minit selepas mereka menerima wang tebusan berupa 10 ketul emas bernilai RM1.44 juta dalam dua serbuan berasingan di bandar ini awal pagi ini.
Serbuan pertama yang melibatkan penahanan dua penculik dilakukan di Jalan Pos Baru di sini kira-kira pukul 1 pagi dan enam jam selepas itu tiga rakan jenayah mereka diberkas di Taman Sentosa.
Terdahulu, polis menyelamatkan seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti berusia 62 tahun yang diculik kumpulan itu sejak Isnin lalu di lokasi dirahsiakan pada pukul 12.45 tengah malam iaitu kira-kira 48 jam selepas dia diculik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pengarah syarikat terlibat yang menghidap penyakit kencing manis diculik di belakang sebuah restoran di Persiaran Raja Muda, Pelabuhan Klang di sini pada Isnin lalu.
Beliau berkata, selepas menculik mangsa, kumpulan penjenayah itu meminta 10 kilogram emas sebagai bayaran tebusan.
Menurut beliau, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian telah menubuhkan pasukan khas dan berjaya memberkas mereka selepas bayaran tebusan diberi.
“Ketika diberkas kumpulan penculik itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang ditampal pelekat Unit K-9 dan sebuah motosikal jenis Kawasaki.
“Kesemua penculik, terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan yang pernah bertugas sebagai pramugara selama 13 tahun dan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Nepal.
“Kita juga menemui semula 10 ketul emas di dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini petang ini.
Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah yang mengetuai serbuan dan Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof.
Tun Hisan turut menunjukkan 10 ketul emas yang dirampas selain kenderaan pacuan empat roda dan motosikal Kawasaki milik penculik, lima unit telefon bimbit, wang tunai RM45, topeng ski dan ‘teaser gun’.
Tambah beliau lagi, semasa soal siasat dibuat, ada di antara penculik mengaku sebagai pelatih anjing tetapi siasatan yang dibuat mendapati mereka menipu.
“Kita juga mendapati kenderaan pacuan empat roda yang digunakan didaftarkan atas nama isteri salah seorang penculik,” katanya sambil memberitahu kesemua penculik berusia 30-an ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta culik 1961.
Katanya, kesemua mereka juga direman selama seminggu bermula hari ini.

No comments:

Post a Comment