Monday, February 28, 2011

Perak lancar dinar emas, dirham perak

IPOH 28 Feb. - Kerajaan negeri Perak hari ini melancarkan dinar emas dan dirham perak, khusus untuk simpanan dan pelaburan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.
Beliau berkata, dinar dan dirham berkenaan lebih berkualiti berbanding produk pertama yang dihasilkan tokoh ilmuwan Islam, Abdul Malik ibn Marwan pada tahun 75 Hijrah iaitu 1,357 tahun lalu yang mengandungi 97 peratus kandungan bahan.
"Tetapi ini (dinar dan dirham) bukanlah berbentuk mata wang tetapi sebagai instrumen baru sebagai simpanan dan pelaburan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dinar emas dan dirham perak di sini hari ini.
Zambry berkata, pengeluaran dinar dan dirham berkenaan yang telah dibincangkan sejak tahun 2005, dikeluarkan Goldnet International Sdn. Bhd. (Goldnet), sebuah syarikat usaha sama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Katanya, sebagai permulaan sebanyak 1,000 keping dinar emas dan dirham perak telah dicetak dan akan dipasarkan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan Nusantara Bullion Exchange (Nubex Sdn. Bhd.).
Ia membabitkan empat jenis instrumen iaitu setengah dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25 gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1,380 manakala set dirham perak dijual pada harga RM260.
Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan nasyid kumpulan Rabbani dan penyanyi antarabangsa, Maher Zain. - BERNAMA

Friday, February 25, 2011

Pasif Income vs Aktif Income


Pelabur Pasif vs Pelabur Aktif
Untuk menggandakan keuntungan dalam pelaburan dan juga perniagaan emas atau apa sahaja, pasif dan aktif haruslah anda fahami dengan sebenar-benarnya dalam kehidupan harian anda dan jika telah memahaminya anda akan telah hampir ke arah jutawan atau financial freedom. 

Pendapatan Pasif:

Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!

Apakah income pasif? Income pasif adalah pendapatan setiap bulan yang diperolehi tanpa membuat apa2 kerja. Contohnya, income dari google adsense, iklan2 diblog anda yang dibayar tetap setiap bulan, ebook2 terjual secara konsisten setiap bulan, income dari jualan affiliate dan berbagai2 lagi.
Pendapatan Aktif:
Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja
Apakah income aktif? Income aktif adalah pendapatan yang kita telah buat atau cari pada setiap bulan. Contohnya, dapat job review produk diblog, buat sponsor blogpost, buat jualan produk fizikal di blog anda kemudian mendapat duit, buat service penulisan artikel, buat service terjemahan artikel dan lain2 lagi.

Jika anda dilihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka. Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.
Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada kita.
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif !!!
Berikut adalah beberapa contoh jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :
* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Jadi berusahalah mencari pendapatan pasif bagi menjamin kesejahteraan hidup kita dan jika takut risiko jangan bicara soal perjuangan!

Aset & Liabiliti


Apa beza antara aset dan liabiliti? Kebanyakan kita sering tersilap dalam menetukan aset dan liabiliti bagi setiap apa yang kita miliki. Jika anda katakan rumah itu satu aset, sila fahami kenyataan mudah seperti di bawah:
Aset = mengalirkan wang ke poket kita
Liabiliti = wang akan keluar dari poket kita
Makna perkataan di atas amat mudah bagi seseorang yang tiada pengetahuan tentang dunia perakaunan seperti saya. Sekarang, dapatkah anda klasifikasikan setiap apa yang anda miliki?
  1. Kereta: Kereta lama anda digunakan untuk membawa barang-barang pertanian anda ke Pasar Tani untuk dipasarkan. Kereta baru anda pula digunakan untuk berjalan-jalan sahaja. Mana satukah aset anda?
  2. Rumah: Anda beli rumah besar, dilengkapi pelbagai perabot yang menggunakan skim bayaran mudah. Anda perlu membayar harga pinjaman bank yang dikenakan selama 30 tahun. Liabiliti atau aset?
  3. Laptop: Anda menggunakannya untuk surf internet dan bersosial bersama-sama dengan rakan-rakan maya anda. Adakah ini aset anda?
  4. Emas: Boleh dibuat sebagai pelaburan dan juga perniagaan. Jika digabungkan keduanya 100-200% keuntungan yang diperolehi dan ini semestinyalah sebagai aset. 

Apa yang dikatakan ASET adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) Wang tunai anda bertambah
MENYIMPAN WANG TUNAI ANDA DI BANK / KOPERASI yang dapat MEMBERI PULANGAN FAEDAH MELEBIHI KADAR INFLASI SEMASA
(2) Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu
CARANYA adalah dengan MEMBELI DAN MENYIMPAN EMAS

(3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif
CARANYA adalah dengan MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI dan TIDAK BERUBAH

(4) Pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan yang positif
CARANYA adalah dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG POSITIF

(5) Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan wang tunai
CARANYA adalah MENGGUNAKAN TEKNIK PENGUMPILAN 


Apa yang dikatakan LIABILITI pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) Wang tunai anda berkurangan
Berbelanja boros @ berbelanja tanpa beringat

(2) Harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun nilai dalam tempoh tertentu
Membeli RUMAH @ KERETA yang tidak sesuai dengan perolehan pendapatan anda

(3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai negatif
TIDAK MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI DAN TIDAK BERUBAH

(4) Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif
MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG NEGATIF

(5) Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai
Dengan 'mengikat diri' pada SKIM BAYARAN MUDAH, KAD KREDIT dan PINJAMAN PERIBADI
Bagaimana? Sudahkah anda menjawab soalan di atas dan memahaminya? Ya, soalan di atas memang mudah untuk dijawab. Namun sebenarnya kita sendiri sangat sukar untuk menentukannya dalam realiti kehidupan kita sendiri. Mengapa begitu agaknya?
Jika mudah bagi anda menentukan mana satukah aset atau liabiliti anda, saya pasti anda dapat menjana pendapatan hasil daripada aset yang ada. Ingat, liabiliti sepatutnya dikurangkan untuk mengurangkan jumlah expenses anda setiap bulan.

Kesimpulannya, jika anda ingin mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN", anda mesti MEMBELI ASET YANG BETUL dan MENGELAKKAN DIRI daripada terperangkap dengan MEMBELI LIABILITI. Ingat !!! Ini adalah SYARAT UTAMA jika anda serius nak mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.

"ORANG MISKIN ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI. Manakala ORANG KAYA ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk MEMBELI ASET yang betul. Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin "
Selamat mengaplikasikan pengetahuan ini!

KEBENARAN BERNIAGA EMAS OLEH BANK NEGARA MALAYSIA


Tuan,

Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai
perkara di atas.

Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas
bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank).  Sehubungan
dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas
diperlukan daripada Bank. Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati
pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan
berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur.
Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan
mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi
pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga
boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank
dan Institusi Kewangan (ABIK).  Aktiviti pelaburan seperti yang disebut
di atas adalah menyalahi undang-undang.  Sekiranya tuan melabur di sini,
sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri.  Kami mengesyorkan agar
tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.
Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi
kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk
senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman
web kami seperti di pautan berikut:

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam
laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank
untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.

Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara
haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada
aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau
aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my <mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my>   

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan
isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila
layari


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful,
sila layari

Terima kasih.

Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my <mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my>

Seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold pada bulan Februari 2011.


Hari Masa Tajuk  Negeri Tempat 
Sabtu.
12/2/2011
.
pesanan:
.
Seminar kat JB terpaksa ditunda daripada 12/2/2011 ke27/2/2011atas sebab sebab yg tidah dapat dielakkan. Minta maaf banyak-banyak. 
Sesi 1
.
2.00 PM – 4.00 PM
.
Sesi 2
.
8.30 PM – 10.30 PM 
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Johor Public Gold Johor Branch
45A Jalan Persisiran Perling
Johor Bahru
Ahad
..13/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Melaka MITC Ancasa Hotel
sebelah MITC, Ayer keroh, Melaka 
Rabu
.16/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani 
Khamis
.17/2/2011
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Ipoh Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak 
Jumaat
.18/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Penang Public Gold Bishop Street,
No. 84, Lebuh Bishop, 10200 Penang 
Sabtu
.19/2/2011 
Sesi 1
.
3.00 PM–5.00 PM
.Sesi 2
.8.30 PM– 10.30 PM
.p/s: Pilih salah satu sahaja
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 
Ahad
.20/2/2011 
10 pagi – 12 tengahari New Dealer Orientation(untuk agen Public Gold Sahaja) Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway
Selasa
.22/2/2011
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Seremban Hotel Seri Malaysia, Seremban, Jalan Sg. Ujong
Rabu
.23/2/2011
 8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Pahang Hotel Seri Kuantan, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan
Khamis
.24/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Ming Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu 
Jumaat
.25/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1,
Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank) 

Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas. Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas  

 Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

 First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
 Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 012-9780087 butiran-butiran berikut
 1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Contoh SMS:
Seminar: Ahmad bin Abu ahmad@yahoo.com, 25/2/2011, kota bharu.
 Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.  

 Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.  
Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.

(Sumber: www.jutawanemas.com)

Bursa Asia terus jatuh manakala harga EMAS dilihat meningkat

ARKIB : 24/02/2011

HONG KONG 23 Feb. - Kebanyakan pasaran saham Asia mengekalkan momentum kejatuhan dan minyak mentah kekal berada paras hampir tertinggi dua tahun ekoran krisis di Libya.
Pasaran saham Tokyo jatuh 0.80 peratus atau 85.60 mata untuk ditutup pada paras 10,579.10 mata dan Hong Kong menyusut 0.36 peratus atau 83.91 mata kepada paras 22,906.90 mata.
Manakala Sydney menyusut 0.22 peratus atau 10.8 mata untuk ditutup pada paras 4,845.9 dan Seoul jatuh sebanyak 0.42 peratus atau 8.29 mata kepada 1,961.63 mata.
Namun, Shanghai meningkat 0.25 peratus atau 7.11 mata kerana aktiviti mengambil untung.
Singapura ditutup rendah 0.57 peratus atau 17.27 mata kepada 3, 001.85, Jakarta menyusut 0.67 peratus atau 23.02 mata kepada 3,474.12 mata dan Kuala Lumpur mencatatkan penurunan sebanyak 0.17 peratus atau 2.52 mata pada paras 1,511.11.
Saham-saham perlombongan menyaksikan peningkatan disebabkan kenaikan harga emas ekoran pedagang bertukar kepada logam bernilai kerana kebimbangan terhadap inflasi dan ketegangan di Afrika Utara dan Timur Tengah.
Krisis politik yang melanda Maghribi, Yemen, Bahrain dan Iran dilihat menjadi punca kebimbangan kekurangan bekalan minyak mentah.
Ia telah menyebabkan harga minyak mentah melonjak ke paras tertinggi sejak dua tahun dengan Brent North Sea mencatatkan peningkatan sebanyak AS$0.69 (RM2.09) kepada AS$106.47 (RM322.60) walaupun ia jatuh sedikit berbanding AS$108 (RM327.24) yang direkodkan di Eropah semalam.
Kontrak utama untuk minyak berkualiti tinggi New York Light Sweet untuk penghantaran April berada pada paras AS$95.53 (RM289.45).
Sementara itu, pasaran saham Amerika Syarikat turut mengalami kejatuhan apabila Dow Jones Industrial Average jatuh 1.44 peratus dan Nasdaq menyusut 2.74 peratus semalam. - AFP

Tuesday, February 22, 2011

Ketegangan Afrika Utara, Asia Barat pengaruhi harga Emas(Emas kini lebih RM4,284 satu auns)

Emas kini lebih RM4,284 satu auns

2011/02/22

Ahmet Davutoglu
Ahmet Davutoglu

HARGA emas meningkat melebihi AS$1,400 (RM4,284) satu auns semalam, pertama kali dalam tempoh hampir tujuh minggu, berikutan ketegangan yang terus memuncak di Afrika Utara dan Asia Barat.
Ketegangan kini merebak dari Mesir dan Tunisia ke negara Asia Barat dan Afrika Utara lain apabila penunjuk perasaan berkumpul membantah pemerintahan pemimpin yang sudah memegang kuasa begitu lama.
Harga emas sesi dagangan semalam naik sehingga AS$1,400.40 (RM5,041.44) satu auns daripada paras AS$1,388.58 (RM4,249.05) satu auns ketika didagangkan di New York Jumaat lalu.

Harga kontrak hadapan emas bagi April naik AS$11.70 (RM35.8) satu auns kepada AS$1,400.30 (RM4,284.91).

“Tidak dapat disangsikan lagi bahawa kenaikan logam berharga itu yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan ketegangan di Asia Barat,” kata Daniel Major, Penganalisis di RBS Global Banking & Markets.

“Jika (pembelian) tidak dibuat menerusi dana dagangan bursa atau di Comex, ia kemungkinan besar dibuat menerusi pasaran dagangan fizikal iaitu pembelian syiling atau jongkong emas kecil, dan saya tidak menolak kemungkinan adanya pembelian lebih besar oleh individu kaya jika dilihat daripada keadaan ketegangan yang belum berkesudahan,” katanya.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, semalam berkata revolusi di Tunisia akan menjadi model kepada lain-lain negara yang ingin melakukan pembaharuan politik.

Tentangan terus diberikan kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang terus merebak di ibu negara, Tripoli kelmarin dan anak lelaki berikrar untuk terus bertahan ketika semakin ramai penunjuk perasaan terbunuh di timur negara itu.

Harga minyak pula terus naik hampir sebanyak AS$3 setong kepada paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun ketika peniaga melihat berlakunya ketegangan yang tidak berkesudahan di negara pengeluar minyak utama, Libya.

Harga saham di Eropah turut jatuh berikutan krisis itu.

Dalam dagangan semalam, harga perak naik setinggi AS$33.46 (RM102.38) satu auns, platinum pada AS$1,844.25 (RM5,643.4) satu auns manakala palladium pada AS$859 (RM2,628.54) satu auns. – REUTERS

Monday, February 21, 2011

EMAS-Lebih mahal disimpan lama & Dinar emas sebagai mas kahwin




DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.
Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.
Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.
Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.
"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.
"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.
Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.
Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.
Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.
Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.
"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.

KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli.


Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.
Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).
"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.
"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.
Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.
Konsep kekayaan
Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.
"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.
"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.
Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.
Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.
"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.
"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.

EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit.


Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.
Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.
Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.
Mas kahwin
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.
Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.
"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.
"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).

NADIAH menerima hantaran mas kahwin dinar emas daripada suaminya, Wan Azmir.


Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.
Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.
"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

kos mengerjakan haji mengunakan dinar


KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-
Tahun 2002:-
1 Dinar = RM 140
Kos Haji = 65 keping(ikut gambar graf di atas) X RM 140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-
1 Dinar = RM 502
Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di atas) X RM 502
Jumlah = RM 9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
Tahun 2010:-
1 Dinar = RM 595
Kos Haji = 17 keping (tengok gambar Harga Public Dinar) x RM 595
Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)
Sumber kos haji : Berita Harian
“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”
“Kos Haji pada tahun 2010 pula kekal RM 9,980 tetapi jumlah Dinar yang diperlukan hanya 17 keping sahaja. Ini bermakna kos Haji berkurang jika menyimpan di dalam bentuk Dinar Emas.”
Merujuk kepada rekod dan trend kenaikan nilai emas di atas, kebarangkalian besar pada tahun 2015 nanti, kita hanya memerlukan 10 dinar emas sahaja bagi menampung keseluruhan kos pembiayaan haji. Jadi apa kata, kita setkan target mulai tahun ini untuk mengumpul sekurang-kurangnya 2 keping dinar emas setiap tahun sehingga menjelang tahun 2015..InsyaAllah, impian untuk menunaikan haji pada 2015 pasti akan jadi kenyataan jika kita ikhlas dan berusaha untuk mendapatkannya..
Sekiranya anda yakin dengan emas dan juga berminat untuk mendapatkan dinar emas, jangan malu-malu untuk menghubungi kami...

Sunday, February 20, 2011

MEMPERINGATI HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN DAN HADIAH SEMPENA HARI LAHIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca...

  Alhamdullilah pada bulan FEBRUARI ni adalah hari ulangtahun kelahiran saya dan isteri.kebetulan pada bulan yg sama.Nombor hari lahir pun ada yg sama no 9.saya 19hb dan isteri 09hb.Laman web blog saya pun MY GOLD 999.BLOGSPOT ada juga no 9.Kalau bab emas pula ,kalau dinilai jenisnya ada nombor 9 (emas 999,916)dan yg best juga penjaring terbanyak skrg ini di liga EPL ialah berbatov dari pasukan MANCHESTER UNITED yg memakai jersi no 9 juga(he..he..he...cayalah).Segala galanya no sembilan < 9 >
                                         GLORY GLORY MAN UNITED

  Ucapan berbanyak terimakasih kepada Keluarga & rakan2 yg sudi memberi ucapan sempena hari lahir.Saya juga mendoakan semoga agar kita semua dimurahkan rezeki , dipanjangkan umur,berjaya didalam pekerjaan masing2 dan apa jua bidang yg kita ceburi dan usahakan .Semoga kita diberi kebahagian hidup di dunia dan akhirat oleh ALLAH SWT.Amin...

   Untuk penulisan saya pada kali ini sempena hari ulangtahun kelahiran saya.Saya akan menulis pendapat & berkongsi dgn pembaca tentang HADIAH SEMPENA HARILAHIR .
    Kebiasaanya sempena ulangtahun  hari lahir ini,selain daripada memberi atau menerima ucapan sempena harilahir dan meraikanya , kita juga akan memberi atau menerima hadiah sebagai tanda penghargaan, kasih sayang , penyuntik semangat ataupun sebagai untuk mengeratkan lagi perhubungan diantara sesama kita,keluarga dan rakan2.
 Untuk penulisan pada kali ini apa kata saya mencadangkan agar kita serta pembaca sekalian memberikan  barangan yg bernilai & boleh memberi keuntungan iaitu EMAS sebagai hadiah memperingati hari tarikh lahir.Tak kiralah dalam apa jua bentuk emas itu... Kerana apa saya berkata demikian , jika melihat kepada carta harga emas dalam tempoh setahun yg lepas sehingga sekarang .. harga emas sentiasa meningkat  dan secara tidak langsung ia menjadi salah satu aset &  pelaburan  yang menguntungkan
                           
      (carta harga emas dari tarikh ulangtahun hari kelahiran saya pd 19FEB2010 sehingga tahun ini )


Kalau nak lagi cepat mendapat keuntungan yang berbaloi baloi dan lagi tinggi nilainya sudah tentulah emas fizikal berbanding emas perhiasan.Di PUBLICGOLD ada menjual emas fizikal dan emas perhiasan harganya lebih murah dari harga di kedai emas.Selain itu rekaanya juga menarik dan boleh dijadikan sebagai hadiah..

sikit sikit lama lama jadi bukit

Untuk sebarang pembelian dan tempahan emas publicgold untuk dijadikan hadiah hari jadi ini bolehlah menghubungi saya...

  Akhir sekali dari saya pesanan ini untuk saya sendiri dan pembaca...
 "BIJAKLAH BERBELANJA DAN MENGURUSKAN WANG YG KITA CARI & DAPAT UNTUK KESENANGAN DAN KEBAHAGIAN DIRI,KELUARGA SERTA EKONOMI DAN KEWANGAN KITA AKAN BERTAMBAH BAIK PADA MASA AKAN DATANG".

 Sekian...wassalam


          



Monday, February 14, 2011

UNTUK KEBERKATAN,KESEMBUHAN,KETENANGAN,KEJAYAAN,REZEKI DAN APA APA HAJAT








































HARGA BAGI SETIAP JENIS PRODUK,

IJAZAH=RM6.00
IKHTIAR=RM5.00
IKHLAS=RM12.00
MASJID=RM2.00

Untuk pembelian & tempahan hubungi kami dengan segera....

Thursday, February 3, 2011

Di Mana Tahap Kewangan Anda?

Salam sejahtera,
Saya ada satu soalan khas untuk anda. Bagaimana dan dimana tahap kewangan anda sekarang? dan soalan yang seterusnya, pernahkah anda mengkaji status kedudukan kewangan anda?
Disini saya senaraikan 4 tahap kedudukan kewangan.
Anda boleh nilai sendiri dan cuba bandingkan dengan kedudukan kewangan anda.
1. Kewangan Yang Tidak Selamat
Anda tidak mempunyai simpanan, jika ada pun hanya cukup untuk menyara hidup anda selama sebulan sahaja. Bertambah parah apabila anda tiba-tiba hilang pekerjaan. Hidup umpama kais pagi makan pagi dan kais petang, makan petang.
2. Kewangan Yang Selamat
Anda mempunyai
simpanan yang mampu menyara hidup anda dan keluarga selama 6 bulan walaupun tidak bekerja. Tempoh 6 bulan ini merupakan jangka waktu yang sesuai untuk anda mencari pekerjaan baru atau membuka perniagaan.
3. Financial Freedom – Kebebasan Kewangan
Anda mempunyai aliran tunai pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda dan keluarga. Pada ketika ini, anda bebas menentukan sama ada hendak bekerja ataupun tidak.
4. Tahap Selesa – Kaya
Mempunyai wang yang cukup banyak sehingga tidak tahu apa yang hendak dibelanjakan lagi. Pendek kata, belanjalah sebanyak mana pun, wang tetap tidak akan habis!
Di antara keempat-empat tahap kewangan yang saya nyatakan di atas, dimana tahap kewangan anda?
Jika masih di tahap 1, tanamkan azam dan cita-cita untuk mencapai sekurang-kurangnya tahap 3 iaitu “Financial Freedom”.
Semoga berjaya…

Pinjaman tanpa faedah: Ar-Rahnu

AR-RAHNU merupakan sistem pajak gadai yang memberi kelebihan kepada masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan.

KETIKA keadaan ekonomi yang tidak menentu pelbagai kaedah pinjaman wang dicari oleh pengguna sebagai cara mendapatkan wang pada kadar segera.

Selain ceti dan ah long, pajak gadai juga menjadi pilihan. Bezanya, mereka yang ke pajak gadai ialah daripada kalangan individu yang memiliki emas untuk dicagarkan.

Sayangnya, niat awal untuk menebus kembali barang yang dicagar mungkin tidak kesampaian menyebabkan ramai yang terpaksa melepaskannya walaupun ia barang berharga yang diwarisi turun-temurun.

Inilah antara kelemahan sistem pajak gadai kaedah konvensional.

Kewujudan pajak gadai di Malaysia bermula pada awal kurun ke-19. Sistem itu diperkenalkan oleh pendatang Cina yang bekerja di lombong bijih timah di Semenanjung Malaysia.

Ia dianggap sebagai salah satu cara bagi mendapatkan pinjaman tunai segera terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Sistem pajak gadai itu sangat popular kerana ia tidak memerlukan prosedur atau lebih mudahnya, perjanjian antara pemberi pinjaman dengan peminjam berlaku tanpa banyak kerenah.

Bagaimanapun, sistem tradisional itu membebankan peminjamnya apabila mengenakan kadar faedah yang tinggi, lebih-lebih lagi kepada umat Islam yang sememangnya tidak boleh melibatkan diri dengan sebarang amalan kewangan yang melibatkan riba.

Satu-satunya alternatif buat umat Islam ialah dengan menggunakan perkhidmatan pajak gadai Ar-Rahnu.

Skim Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia.


Ia diperkenal oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (Ypeim) dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 27 Oktober 1993. Yayasan itu bertindak sebagai pelabur utama dana, penyelaras sistem, latihan dan promosi manakala pelaksanaannya dilaksanakan oleh Bank Islam (M) Bhd.

Skim itu merupakan alternatif kepada orang ramai khususnya yang berpendapatan rendah dan mengalami kesulitan kewangan, khususnya untuk modal perniagaan secara kecil-kecilan.

Cagar emas

Ia juga sumber untuk membiayai pendidikan di samping membebaskan umat Islam daripada amalan riba dan manipulasi oleh pengamal pajak gadai konvensional yang tidak jujur.

Malah sebagai pelopor kepada sistem itu, ia dianggap mampu menjadi alternatif terbaik kepada umat Islam dan rakyat negara ini daripada terjebak dengan ceti haram dan ah long.

Bagi mereka yang masih belum memahami Ar-Rahnu, ia adalah sistem pajak gadai Islam yang membolehkan orang ramai yang memerlukan wang segera mencagarkan barangan kemas kepada pihak bank.

Ar-Rahnu merupakan satu bentuk perniagaan pajak gadai Islam yang menawarkan pinjaman tanpa faedah tetapi hanya sekadar upah simpan yang rendah.

Malah jumlah gadaian yang ditawarkan juga tinggi dengan tempoh gadaian yang fleksibel.

Bank lazimnya menawarkan kadar pinjaman sehingga 60 peratus (bergantung kepada bank) daripada nilai emas itu.

Para peminjam pula tidak akan dikenakan sebarang faedah di atas pinjaman itu sebaliknya pihak bank akan mengenakan upah simpanan berdasarkan nilai emas.

Sistem pajak gadaian yang berlandaskan hukum Islam itu memberi kelebihan kepada masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan.

Ia telah pun dinilai oleh penasihat syariah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang Islam.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat misalnya memperkenal Skim Ar-Rahnu sejak 1993 dengan kerjasama YPEIM.

Menurut Pengurus Skim Ar-Rahnu Bank Rakyat Mohamad Sabri Mohamed Nor, sebelum ini orang ramai menghadapi pelbagai masalah ketika menggunakan khidmat pajak gadai konvensional kerana syarat-syarat bayaran balik yang ketat dan dikenakan faedah yang membebankan.

"Skim Ar-Rahnu di Bank Rakyat menawarkan pembiayaan bercagar sehingga RM5,000 dengan tempoh maksimum enam bulan yang dibayar sekali gus apabila tempoh itu berakhir," jelas beliau.

Pihaknya turut menyediakan skim Az-Zahab iaitu membabitkan pembiayaan di antara RM5,001 hingga RM50,000 yang dibayar balik secara ansuran dengan tempoh maksimum tiga tahun.

"Skim Ar-Rahnu dan Az-Zahab berpotensi untuk muncul sebagai salah satu alternatif sistem pajak gadai berasaskan syariah atau konvensional yang sedia ada," tambah beliau.

Kedua-dua skim itu yang digubal oleh Majlis Pengawasan Syariah Bank Rakyat dengan kerjasama YPEIM menawarkan pembiayaan secara Islam dan pelanggan dikenakan upah menyimpan barang cagaran berupa emas pada kadar yang berpatutan mengikut kiraan hari, katanya.

Menurutnya jika barang cagaran dilelong, harga lelongan dikembalikan kepada pelanggan selepas ditolak jumlah pembiayaan dan upah menyimpan, menjadikan skim itu lebih telus berbanding skim konvensional.

Kemudahan Skim Pajak Gadai Islam atau Ar-Rahnu turut dikendalikan oleh Bank Islam dan Agrobank. Ia bukan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai berhutang, tetapi menyediakan kemudahan kewangan kepada orang ramai yang kesempitan wang.

Proses gadaian dilakukan secara telus iaitu di hadapan peminjam dan berdasarkan hukum syarak.

Selain dijamin daripada disalah guna, ia lebih selamat dan terjamin berbanding jika seseorang itu terpaksa mendapatkan khidmat pinjaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. - Bernama

Wednesday, February 2, 2011