Sunday, March 6, 2011

AR RAHNU AGRO BANK-UPAH SIMPAN TERMURAH

Ar-Rahnu 
Skim pajak gadai Islam berdasarkan prinsip Syariah iaitu A-Qard, Al-Wadiah dan Al-Ujrah yang menyediakan kemudahan pembiayaan untuk tunai serta merta seterusnya mengatasi masalah keperluan aliran tunai, mewujudkan peluang pelaburan dan mengelakkan akitiviti pinjaman wang secara haram/tanpa lesen.
KELEBIHAN SKIM AR-RAHNU
  • Pembiayaan Mengikut Syariah
  • Cepat, mudah dan selamat. Barang kemas dijamin keselamatannya
  • Lebih murah
  • Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh
  • Tempoh gadaian lebih lama
KELAYAKAN PEMOHON
  • Terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas.
HAD GADAIAN
  • Maksimum RM 150,000 @ 50,000 sehari
  • Minimum RM100
TEMPOH GADAIAN
6 + 3 + 2 bulan
Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, boleh dilanjutkan 3 bulan lagi dan lanjutan tempoh terakhir selama 2 bulan.
JENIS BARANG GADAIAN
Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti:
  • Rantai
  • Subang
  • Cincin
  • Gelang tangan dan gelang kaki
  • Kerongsang
  • Duit syiling emas dan emas keping
  • Lain-lain
KADAR UPAH SIMPAN
Nikmati kadar upah simpan termurah seperti berikut:
Margin
Pinjaman
Upah Simpan bagi setiap RM100.00
Nilai Marhun/Bulan
50%
RM0.50
60%
RM0.60
70%
RM0.75

PENEBUSAN GADAIAN
Penebusan gadaian boleh dibuat secara:
  • Ansuran atau
  • Sekaligus atau pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang.
CARA MEMOHON
  • Isi borang permohonan
  • 1 salinan Kad Pengenalan
  • Barang kemas yang hendak digadai
  • Hantar ke kaunter Ar-Rahnu untuk pemprosesan dan dapatkan tunai segera

No comments:

Post a Comment