Friday, February 25, 2011

Bursa Asia terus jatuh manakala harga EMAS dilihat meningkat

ARKIB : 24/02/2011

HONG KONG 23 Feb. - Kebanyakan pasaran saham Asia mengekalkan momentum kejatuhan dan minyak mentah kekal berada paras hampir tertinggi dua tahun ekoran krisis di Libya.
Pasaran saham Tokyo jatuh 0.80 peratus atau 85.60 mata untuk ditutup pada paras 10,579.10 mata dan Hong Kong menyusut 0.36 peratus atau 83.91 mata kepada paras 22,906.90 mata.
Manakala Sydney menyusut 0.22 peratus atau 10.8 mata untuk ditutup pada paras 4,845.9 dan Seoul jatuh sebanyak 0.42 peratus atau 8.29 mata kepada 1,961.63 mata.
Namun, Shanghai meningkat 0.25 peratus atau 7.11 mata kerana aktiviti mengambil untung.
Singapura ditutup rendah 0.57 peratus atau 17.27 mata kepada 3, 001.85, Jakarta menyusut 0.67 peratus atau 23.02 mata kepada 3,474.12 mata dan Kuala Lumpur mencatatkan penurunan sebanyak 0.17 peratus atau 2.52 mata pada paras 1,511.11.
Saham-saham perlombongan menyaksikan peningkatan disebabkan kenaikan harga emas ekoran pedagang bertukar kepada logam bernilai kerana kebimbangan terhadap inflasi dan ketegangan di Afrika Utara dan Timur Tengah.
Krisis politik yang melanda Maghribi, Yemen, Bahrain dan Iran dilihat menjadi punca kebimbangan kekurangan bekalan minyak mentah.
Ia telah menyebabkan harga minyak mentah melonjak ke paras tertinggi sejak dua tahun dengan Brent North Sea mencatatkan peningkatan sebanyak AS$0.69 (RM2.09) kepada AS$106.47 (RM322.60) walaupun ia jatuh sedikit berbanding AS$108 (RM327.24) yang direkodkan di Eropah semalam.
Kontrak utama untuk minyak berkualiti tinggi New York Light Sweet untuk penghantaran April berada pada paras AS$95.53 (RM289.45).
Sementara itu, pasaran saham Amerika Syarikat turut mengalami kejatuhan apabila Dow Jones Industrial Average jatuh 1.44 peratus dan Nasdaq menyusut 2.74 peratus semalam. - AFP

No comments:

Post a Comment